Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga memulakan sesi pengajian pada bulan Jun 2001 dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Kemudian pada tanggal 20 Oktober 2001 barulah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga mula didiami oleh guru-guru, staffbukan guru dan pelajar-pelajar. Pada permulaannya guru adalah seramai 16 orang termasuk Pengetua, PKPentadbiran, PK HEM dan PK Ko kurikulum. Staff bukan guru adalah seramai 4 orang. Kini guru semakinbertambah sehingga 27 orang termasuk Kaunselor. Keramaian pelajar pula pada awalnya adalah seramai148 orang. Bermula pada awal persekolahan 2002 ianya bertambah kepada 502 orang, iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semasa menumpang di SMK Ayer Lanas, Jeli banyak kekurangan kelengkapan dan kemudahan untuk pelajar-pelajar seperti makmal dan Pusat Sumber. Justeru itu warga SMK Bukit Bunga mula mengorak langkah untuk merubah tahap pendidikan pelajar-pelajar yang berada pada persekitaran yang kurang kemudahannya sama ada kelengkapan mahu pun prasarana. Akhirnya, ia dapat dibaiki dari semasa ke semasa mengikut arus perubahan yang semakin pesat.

 

Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |

| Ke halaman utama |