1.0 Binaan Aturcara C

Aturcara berikut merupakan aturcara C yang paling rengkas yang akan memberikan output seperti yang terkandung dalam " " di ayat printf.


main()
{
printf("Saya sedang belajar C\n");
}

Setiap aturcara C mesti mempunyai satu aturcara induk main() yang boleh memanggil beberapa fungsi yang lain. Secara amnya sesuatu aturcara induk dan fungsi ini mempunyai binaan am seperti berikut:

#include <stdio.h>
#include "defs.h"
ayat-ayat include

#define PI 3.1427 #define PRINT(int) printf("%d\n",int)
ayat-ayat takrifan(define)

main()
aturcara main

{
pembuka

int x,y,z;
char c;
pengistiharan

:
:
x = y + z;
printf("hello there\n"); PRINT(x);
:
:

1.1.3 Nama Angkubah

Sesuatu nama angkubah boleh terdiri daripada abjad (huruf besar dan huruf kecil), nombor dan underscore(_). Aksara pertama bagi sesuatu nama boleh underscore atau abjad, tetapi penggunaan underscore tidak digalakkan. Panjang nama sesuatu angkubah tregantung kepada sesuatu mesin yang digunakan, Turbo C misalnya membenarkan panjang nama angkubah sehingga 32 aksara.

Contoh nama angkubah yang dibenarkan:


val3
red
screen5
high_bit
_123
_tinggi

Contoh nama angkubah yang tidak dibenarkan:
?what
23rd
123
5th_bit
(sam)

contoh:
Terdapat beberapa kesalahan pada aturcara berikut:

#include < stdio.h>
main()
{

int a1234567890123456789012345678901;
int a12345678901234567890123456789011;
int a12345678901234567890123456789012;
int b12345678901234567890123456789011;
int ?what;
long unsigned;
int 23rd;
int 5th_bit;
int unsigned;
int (sam);
int do;
long unsigned;
int;

}


Latihan

Andainya telah diistiharkan:
int i = 2000, j = 3000, k = 9000;
float ff;

Jangkakan nilai ff bagi ungkapan-ungkapan berikut:

a) ff = k / j * i;
b) ff = i / j * k;
c) ff = i * k / j;
d) ff = 2/3 * 9;
e) ff = 2./3 * 9;

Periksa hasil yang dijangkakan dengan hasil sebenar dari aturcara yang ditulis. Aturcara contoh yang boleh digunakan:


main()
{

int i = 2000, j = 3000, k = 9000;
float ff;
ff = k / j * i;
printf(" ff = %f\n", ff);

}

1.1.4 Kast (Cast)

Kast digunakan untuk mengubah jenis sesuatu angkubah dalam sesuatu ungkapan C untuk membolehkan operasi ungkapan tersebut menggunakan jenis yang dipilih.

contoh:

int i = 2, j = 3, k = 9;
float ff;
ff = i/j * k;

Walaupun ff mempunyai jenis float, tetapi operasi i/j dan seterusnya masih menggunakan operasi integer. Ini menyebabkan hasil 2/3 bersamaan dengan 0, dan hasil keseluruhannya 0.0000. Mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kast kepada float seperti berikut:


ff = (float) i/j * k;

1.1.5 Kata-Kunci (Keywords)

Kata kunci merupakan perkataan-perkataan yang mempunyai makna tertetu kepada pengkompil C dan tidak boleh digunakan sebagai nama angkubah atau angkatap.

contoh:


auto
double
if
static

break
else
int
struct

case
entry
long
switch

char
enum
register
typedef

continue
extern
return
union

default
float
sizeof
unsigned

do
for
short
while

goto
void

1.1.6 Penggunaan Nama

Suatu amalan yang baik dalam pemilihan nama-nama angkatap, angkubah dan nama fungsi adalah dengan menggunakan nama yang mempunyai makna disamping pemilihan huruf besar dan kecil yang sesuai.

contoh:


nama angkatap
--
semua huruf besar.

nama angkubah
--
semua huruf kecil.

nama fungsi
--
gabungan huruf besar dan kecil.

Underscore (_) digunakan menggantikan space.

contoh:
nama angkatap:
PI
RADIUS
BIL

nama angkubah:
x
jumlah_besar
no_of_bits

nama fungsi:
Papar_Graf
Print
Ambil_Data

Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |

| Ke halaman utama |