Perkakasan

Perisian

CARA-CARA UNTUK FORMAT HARD DISK

Pertama sekali, kita perlu menyiapkan "Start Up Disk". Lakukan melalui Add and Remove Program dalam Control Panel

Untuk pengetahuan anda, Dos yang berada di dalam "Start Up Disk" tersebut adalah Versi 7.00. Ia adalah kepunyaan Windows 95 iaitu lanjutan kepada Dos 6.22. Selepas daripada Dos 6.22, Microsoft tidak lagi mengeluarkan perisian Dos, sebaliknya telah menggabungkan Dos kedalam Windows 95 secara tidak langsung.

Untuk itu, sekiranya anda memulakan komputer anda (Booting) daripada "Floopy Disk" dengan menggunakan Dos versi 6.22 ke bawah, anda tidak akan dapat menjalankan program Windows 95 keatas.

Windows 95 sendiri dapat dibahagikan kepada beberapa versi. Iaitu Windows 95 yang pertama sekali, Windows 95a, Windows 95b dan Windows 95c. Setiap versi yang dikeluarkan mempunyai kelebihannya
tersendiri. Ini berlaku kerana masalah ralat yang berlaku di dalam kod program tersebut yang dikenali sebagai "bugs". Setiap versi dibina untuk memperbaiki ralat yang telahpun dikenal pasti.

Setelah anda memperolehi "Start Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam disket tersebut. Caranya ialah dengan menaip arahan dir a: Antara lain, disket anda perlu mengandungi fail-fail berikut:


1. Command.com
2. format.com
3. sys.com
4. fdisk.com
5. scandisk.exe

Setelah memastikan disket tersebut mengandungi fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputer anda. Sama ada dengan memilih pilihan "restart your computer" di dalam windows 95, ataupun menekan
butang "reset" sekiranya anda telahpun keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt.

Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali, tekan butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda. Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana terdapat beberapa
perkara yang perlu anda lakukan.

Setiap komputer tidak semestinya mempunyai jenis BIOS yang sama.
Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja, anda perlu mengubah mengikut kesesuaian komputer anda.

Sila pergi kepada "Advance BIOS setup". Pastikan pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan "A". Contohnya . Tujuannya ialah supaya komputer akan dimulakan dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian barulah dari Cakera keras.

Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengan cakera keras. Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun, ia bukanlah satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari Sistem Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan pencarian ke dalam cakera keras.

Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti virus di dalam disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam ingatan komputer seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara lagi, sekiranya disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda akan menerima mesej seperti berikut:

"None System or disk error. Replace and press enter to continue"

Ini bermakna fail sistem tidak terdapat di dalam disket tersebut. Fail
sistem yang dimaksudkan adalah fail-fail berikut:


1. msdos.sys
2. io.sys
3. command.com

Sila rujuk pada bahagian "petua komputer" dari laman web yedshah. Seterusnya, setelah membuat perubahan seperti diatas, sila pilih pada pilihan "save setting and exit" atau mana-mana pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan menyimpan setting yang anda telah lakukan.

Masukkan "Start Up Disk" kedalam pemacu A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga anda dapat lihat tanda seperti berikut Jika tidak, sila tekan enter beberapa kali sehingga anda mendapat A prompt.

Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. "format c: /s", Sekiranya cakera keras anda adalah C. Jika cakera keras anda adalah D.

Maka anda perlu menaip "format d: /s". Tanda "/s" digunakan untuk memindahkan Sistem Operasi ke dalam cakera keras. Kita tidak boleh menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras sepertimana kita menyalin fai-fail yang lain. Ini kerana kedudukan fail-fail bagi Sistem Operasi adalah istimewa. Ia sentiasa berada di pangkal sesebuah disk.

Selepas anda menekan enter, anda akan menerima mesej yang menyatakan bahawab proses format akan memadam keseluruhan fail di dalam cakera keras anda. Jika anda ingin memformat cakera keras anda,
anda hanya perlu menekan "y". Jika tidak, anda perlu menekan "n".

Seterusnya anda akan diberikan sekali lagi mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin memformat cakera keras anda. Tekan "y" untuk teruskan.

Setelah proses format selesai. keluarkan "Start Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com. Langkah seterusnya yang mungkin anda lakukan adalah menginstallkan Windows sebagai platform PC anda.

Selamat mencuba...

Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |

| Ke halaman utama |