Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga memulakan sesi pengajian pada bulan Jun 2001 dengan

menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Kemudian pada tanggal

20 Oktober 2001 barulah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga mula didiami oleh guru-guru, staff

bukan guru dan pelajar-pelajar. Pada permulaannya guru adalah seramai 16 orang termasuk Pengetua, PK

Pentadbiran, PK HEM dan PK Ko kurikulum. Staff bukan guru adalah seramai 4 orang. Kini guru semakin

bertambah sehingga 27 orang termasuk Kaunselor. Keramaian pelajar pula pada awalnya adalah seramai

148 orang. Bermula pada awal persekolahan 2002 ianya bertambah kepada 502 orang, iaitu dari tingkatan 1

hingga tingkatan 5. Semasa menumpang di SMK Ayer Lanas, Jeli banyak kekurangan kelengkapan dan

kemudahan untuk pelajar-pelajar seperti makmal dan Pusat Sumber. Justeru itu warga SMK Bukit Bunga mula

mengorak langkah untuk merubah tahap pendidikan pelajar-pelajar yang berada pada persekitaran yang

kurang kemudahannya sama ada kelengkapan mahu pun prasarana. Akhirnya, ia dapat dibaiki dari semasa

ke semasa mengikut arus perubahan yang semakin pesat.

 

Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |

| Ke halaman utama |