1 PENGENALAN

1.1 Definisi :
Segala gerak kerja atau aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah atau pada wakyu pengajaran formal di sekolah atau di luar kawasan sekolah.
1.2 Bagi merangka, merancang dan menyelaraskan segala aktiviti kokurikulum;supaya ia berjalan lancar satu majlis penyelarasan sebagai majlis kokurikulum telah dibentuk.
1.3 Carta organisasi majlis kokurikulum.

ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM
SMK BUKIT BUNGA 2002

Pengerusi : AB.KADIR BIN SULAIMAN (PENGETUA)

Setiausaha : ADUINI BIN ABDULLAH (PEN.KANAN KOKURIKULUM)

Setiausaha Sukan : MOHD SUKRI B ABD RAHIM

Penyelaras Persatuan / Kelab : ANUAR BIN ABDULLAH

Di antara Unit Beruniform, Persatuan dan Permainan ialah:

PENGAKAP - ST JOHN - PUTERI ISLAM - KADET PERTAHANAN AWAM - KADET POLIS - KADET BOMBA - BAHASA MELAYU - BAHASA INGGERIS - MATEMATIK/SAINS - KEMAHIRAN HIDUP - PENDIDIKAN ISLAM - GEOGRAFI/SEJARAHK - BIMBINGAN KERJAYA - K.PENGUNA - K.PENCINTA ALAM - K.KOMPUTER - K.PENCEGAH JENAYAH - OLAHRAGABOLA TAMPAR - BOLA JARING - BOLA BALING - BOLA SEPAKSEPAK - TAKRAW - BADMINTON - SUKAN TRADISI : COH / CONGKAK : DIKIR BARAT : SYAIR : BINTANG ASLI

2 TUJUAN

AKTIVITI KOKURIKULUM DIADAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK:

2.1 Menambahkan minat pelajar kepada pelajaran melalui kegiatan kokurikulum yang berkaitan
dengan subjek tertentu.
2.2 Melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas daripada segi fizikal dan mental.
2.3 Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan kaum.
2.4 Melatih pelajar-pelajar untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.
2.5 Menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar sebagai pemimpin pada masa hadapan.

3 JENIS-JENIS KEGIATAN KOKURIKULUM

TERDAPAT TIGA JENIS KEGIATAN KOKURIKULUM:

3.1 Persatuan dan kelab (persatuan akademik / kelas khas)
3.2 Pasukan beruniform (Pengakap, St.John,KRS,Pergerakan Puteri Islam,
Briged Bakti, Kadet Bomba dan Silat Gayung)
3.3 Sukan dan permainan (termasuk Olahraga)

4 KEHADIRAN DAN KEGIATAN

4.1 Kehadiran bagi guru dan pelajar adalah diwaj9ibkan selama 180 minit seminggu.
4.2 Buku kehadiran kokurikulum hendaklah sentiasa dikemaskini.
4.3 Setiap orang pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam satu jenis persatuan/kelab,
Sukan dan wajib menganggotai satu jenis pasukan pakaian seragam bagi satu tahun.
4.4 Masa latihan adalah seperti berikut:

PAKAIAN SERAGAM
Khamis (Bergilir-gilir) pada pukul 4.00 - 6.00 petang
Bergantung kepada persatuan masing-masing

5 MAJLIS KOKURIKULUM

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM

5.1 Meracang,menyelaras dan melaksanakan gerakkerja kokurikulum dengan kerjasama masyarakat
setempat.
5.2 Berusaha menyediakan kemudahan peralatan gerakerja kokurikulum.
5.3 Meningkatkan penglibatan pelajar dan masyarakat setempat dengan gerakerja kokurikulum
sekolah.
5.4 Menyerapkan nilai-nilai social positif dan menbina sikap dan tabiat yang baik di kalangan pelajar.
5.5 Mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat setempat terhadap intitusi sekolah.
5.6 Merancang kegiatan kokurikulum sepanjang tahun.
5.7 Mengemas/menyelia/menyelaras kegiatan sukan,persatuan,kelab dan pasukan pakaian seragam.
5.8 Membuat anggaran dan perbelanjaan tahunan.
5.9 Merekod segala maklumat gerakkerja kokurikulum pelajar.


6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

6.1 Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
6.2 Menyelaras takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti sukan
MSSD/MSSK/MSSM.
6.3 Membantu pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
6.4 Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.
6.5 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan sukan.
6.6 Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
6.7 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
6.8 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sekolah.
6.9 Menyediakan peraturan pengunaan peralatan dan kemudahan sukan.
6.10 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk edaran,rujukan dan rekod.
6.11 Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan kokurikulum untuk kepentingan
sukan sekolah.
6.12 Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar menerusi sukan sekolah dalam buku rekod
pencapaian sukan sekolah.


7 GURU RUMAH SUKAN (KETUA)

7.1 Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
7.2 Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
7.3 Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan
permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
7.4 Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
7.5 Merekod kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
7.6 Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
7.7 Menyemai semangat kesukanan di kalagan pelajar.
7.8 Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.


8 GURU PERMAINAN (KETUA)

8.1 Menbentuk jawatankuasa
8.2 Merancang meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
8.3 Berusaha untuk mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
8.4 Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dari takwin kokurikulum.
8.5 Memastikan undang-undang perlawanan dan permainan dipatuhi.
8.6 Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/tingkatan/sekolah.
8.7 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8.8 Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
8.9 Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
8.10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
8.11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8.12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
8.13 Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
8.14 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah mempertingkatkannya.
8.15 Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri)
8.16 Tugas-tugas lain yang diarah oleh pengetua/penolong-penolong kanan dari masa ke semasa.

Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |

| Ke halaman utama |