Keseluruhan rupa asas menggambarkan kesetabilan.

Huruf B timbal balik di tengah perisian melambangkan singkatan "Bukit Bunga"

Rupa buku terbuka melambangkan salah satu cabang ilmu itu datang melalui pembacaan.

Iqra' membawa maksud bacalah mengingatkan pelajar dan warga pendidik agar senantiasa menuntut ilmu dan mengingati Allah SWT.

Gear melambangkan ketekunan dan usaha.

Monitor dan papan kekunci melambangkan kepentingan teknologi maklumat (ICT).

Grafik orbit melambangkan dunia pendidikan global.

Empat bulatan melambangkan kemajuan dan kepentingan sukan dalam dunia pendidikan.

Cogan kata 'Berusaha Berjaya' sebagai ingatan kepada pelajar bahawa kejayaan datangnya dari usaha yang berterusan.

Warna biru melambangkan hubungan erat sesama warga SMKBB dan masyarakat setempat.

Warna kuning melambangkan ketulusan hati dalam menuntut ilmu.

Warna merah melambangkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam semua bidang.

Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |

| Ke halaman utama |