Assalamu'alaikum ....
Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk memberi kata-kata aluan dalam laman WEB ini. Laman WEB ini dibangunkan dengan mengambil kira ciri-ciri ICT yang ditekankan pada zaman maklumat ini. Saya harap ianya berguna untuk menjadi bahan rujukan dan panduan untuk semua warga pendidik dan pengkaji.
Masa kini ICT mula diperkatakan dan digunakan secara meluas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mendatangkan kesan yang amat baik untuk menyampaikan konsep pembelajaran dalam semua mata pelajaran terutamanya sains dan matematik. Dalam zaman maklumat sekarang, segala maklumat yang terkini dapat dicapai dengan segera dan pantas. Manusia dapat meneroka dan mengakses segala bahan maklumat dengan melayari Internet yang juga dipanggil dunia tanpa sempadan di mana maklumat begitu mudah didapati. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membina laman WEB ini. Harapan saya ia dapat dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
WASSALAM.....
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "CINTAILAH BAHASA KITA"
"PENJANA WAWASAN DAN KECEMERLANGAN CITA-CITA KAMI"
Saya yang menurut perintah,
Pengetua, SMKBB.
Kurikulum | Ko kurikulum | Akademik | Pentadbiran | Bank Soalan | Aktiviti | Album | Bantuan | Diskusi | Aktiviti | Dunia Pendidikan |
| Ke halaman utama |